KEPUTUSAN PMR : 386 DAPAT SEMUA 'E'.

Seramai 386 orang calon mendapat semua E menurun daripada 397 orang tahun lepas.


Pada tahun ini, 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperoleh semua A, peningkatan 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 2.74 berbanding 2.78 tahun lalu, menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar pada tahun ini.

”Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2010 dalam 16 mata pelajaran adalah yang terbaik daripada perbandingan empat tahun,” katanya semasa membentangkan analisis keputusan PMR 2010 di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata enam mata pelajaran menunjukkan kenaikan signifikan dalam Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 2010 berbanding tahun lepas, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup Pertanian.

Ulasan

Catatan Popular