IBU SAMAN MCD.. GALAK KANAK2 MAKANAN TIDAK SIHAT

ni bukan ibu-ibu di Malaysia... sebab ibu kat Malaysia masih kurang tahap kesedarannya.... tapi di Amerika sana...

(BH) LOS ANGELES: Ibu dua anak dari California mengemukakan saman bersama terhadap McDonald’s yang mendakwa permainan yang diberikan bersama Happy Meals secara tidak adil mengumpan kanak-kanak mengambil makanan tidak sihat.


Monet Parham mengetuai saman yang disokong Center for Science in the Public Interest (CSPI) bagi menghentikan tindakan gergasi makanan segera itu menggunakan permainan untuk pemasaran mensasarkan kanak-kanak secara langsung. Menurut CSPI, pemasaran seperti itu mempergunakan kanak-kanak secara tidak sah. Parham berkata, sebab utama anak perempuannya Maya, 6, mahu ke McDonald's ialah untuk mendapatkan permainan berasaskan watak Barbie, i-Carly, Shrek, or Strawberry Shortcake.

“Saya bimbang mengenai kesihatan anak saya dan merasakan McDonald’s hanya patut menjadi sebahagian kecil daripada permakanan dan pengalaman zaman kanak-kanak mereka," katanya. - AFP Komen Anda

* gambar hiasan

Ulasan

Catatan Popular