HAYATI 'SAJAK PAKATAN RAKYAT' NUKILAN KETUA PEMUDA PAS PUSAT

Nukilan Oleh : Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi)

Sajak yang dibacakan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, 19 Disember lalu:


Pakatan Rakyat Namanya hebat

Gelombangnya dahsyat



Pakatan Rakyat Pemimpinnya berbakat

Pendokongnya sepakat Berjuang membawa berkat



Pakatan Rakyat Mendokong negara berdaulat

Menentang pemimpin yang jahat

Agar generasi kita selamat Pakatan Rakyat

Perjalanannya tidak dekat Walau mereka halang dan sekat Namun pejuangnya tidak pernah penat



Pakatan Rakyat Pemimpinnya bijak dan handal bersilat

Sekalipun difitnah dan diumpat

Mereka mendada bisa menyengat



Pakatan Rakyat Untuk sampai ke Putrajaya dengan cepat Saf – saf kita mesti rapat

Sedikit berkhilaf segera tangan berjabat

Jangan dibiarkan masaalah busuk berulat



Pakatan Rakyat Bersatu kita kerana hormat menghormat

Gagah kita kerana muafakat

Wibawa kita kerana tolak maksiat



Pakatan Rakyat Kini menjadi harapan masyarakat bangkitlah sebelum terlambat

Jangan sampai rakyat meluat bangkitlah , bangkitlah , bangkitlah sebelum terlambat

Jangan sampai rakyat meluat.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular