(GAMBAR) PANAS ADUN SELISING 'PROJEK' KERETAPI


KUALA LUMPUR, 23 Dis — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selising, Drs Saipul Bahrin Mohamad mencabar Umno mengemukakan bukti jika ada kononnya beliau pernah ditangkap ‘berzina’ dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.


Beliau membuat cabaran itu ekoran pendedahan Umno Online kelmarin, yang memetik Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencabar Saipul Bahrin atau PAS sendiri supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.

“Mengapa nak cabar PAS beri penjelasan, cukup saya sahaja yang beri penjelasan. Kalau ada laporan Majlis Agama Islam sila dedahkan, kalau ada video skandal saya, sila dedahkanlah.

“Ini satu fitnah untuk menjatuhkan saya, sebelum (pilihan raya umum) 2008 lagi Umno buat isu ini untuk fitnah saya, bukan isu yang baru.

“Saya baru balik dari Mekah tiga hari lalu, saya sudah membaca kesemua laporan blog-blog Umno itu... benda-benda ini sebenarnya ditimbulkan sejak 2000 lagi.

“Hanya orang yang fitnah sahaja kata ada laporan, ada video dan ada gambar skandal saya kerana mereka pun tahu saya tak buat, kenapa tidak didakwa di mahkamah (kalau ada bukti),” ujarnya.


*Projek Keretapi Adun Selising ana tak jumpa yang jumpa projek landasan berkembar Ketapi ada la... mungkin di kot yang puak-puak UMNgOk maksudkan....

Ulasan

  1. SAMAN OHstat saman ooohstat apa takut takan ketapi leh jalan kalau takda diesel fuel kan? SUSAH BENOR buat aja sumpah laknat macam abe NAJIB BUAT ADIK SAIFOL BUAT DENGAN NAMA ALLAH SWT ANA TAKPERNAH BERZINA HARI JUMAAT LEPAS ASAR ADA BERANI KA OOHOHSTAT?TENGOKLAH SAPA KENA LAKNAT ALLAH SWT NANTI?????

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular