AYAT 190 : PAK LAH, JAMIL & ABDULLAH MD ZIN TAK TAHU RUPANYA

Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin dan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengecam tindakan Kesavan yang membacakan terjemahan Ayat 190 Surah Ali-Imran. Mungkin depa ni kene dengan balik video Kasevan baca terjemahan ayat 190 tue... jangan jadi jahil murakkab....

baca balik disini http://fadhlibrahim.blogspot.com/2010/11/tafsiran-quran-kesavan-disahkan-tak.html


Berita berkaitan.....
KUALA LUMPUR, 2 Dis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memanggil satu mesyuarat khas malam esok bagi membincangkan penggunaan ayat-ayat al-Quran oleh perwakilan bukan Islam pada Kongres Nasional PKR hujung minggu lalu.

Pertemuan itu yang akan dihadiri oleh mufti-mufti dijangka diadakan di Putrajaya.

Difahamkan Jakim akan mengeluarkan garis panduan hasil mesyuarat itu, tetapi tidak dipastikan sama ada akan ada fatwa khas kemudian.

Mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad mengesahkan mengenai mesyuarat itu tetapi tidak menjelaskan agenda pertemuan itu.

The Malaysian Insider difahamkan Jakim menghubungi pejabat-pejabat mufti hari ini bagi memaklumkan mesyuarat tersebut.

“Esok malam, kita memang akan ada mesyuarat khas bersama Jakim tetapi tidak dimaklumkan apa agendanya.

“Saya masih belum dapat maklumat mengenai agenda mesyuarat khas esok,” kata beliau ketka dihubungi The Malaysian Insider sambil berkata, kemungkinan besar tidak akan dapat menghadiri mesyuarat khas itu kerana ada urusan lain.

Satu lagi sumber memberitahu, pertemuan itu diadakan bagi membincangkan perkembangan penggunaan ayat al-Quran oleh bukan Islam ketika Kongres Nasional PKR hujung minggu lalu.

Sehingga petang ini, usaha mendapatkan pengesahan Jakim belum berhasil.

Difahamkan mesyuarat khas itu akan membincangkan perkembangan Kongres Nasional PKR di mana S Kesavan, perwakilan dari Perak dan Adun Hutan Melintang, yang memetik makna Surah Ali Imran semasa membahaskan satu usul Ahad lalu.

Ulasan

  1. baguslah nak bincang. nampaklah buat keja sikit daripada mengangkang kat opis.

    tapi yang nak masuk berbincang tu kenalah pastikan orang2 yang berkebolehan dari segi penghayatan agamanya. jangan pulak yang bangang2 dok sibuk masuk mesyuarat. tak tau lah pula kat situ ada yang termasuk dalam kategori berakal dan cerdik agama. dan

    BalasPadam
  2. Jamil Khir tu hanya pandai bodek, main golf dan berceramah merapu. Apa lah yang di harapkan dari bekas jeneral askar yang taraf nya tak tahu kawat.... askar apa tu.
    Zdah pembodek pun do lantik jadi menteri macam mana negara nak maju. "cow dung brain" pinjam Nazri punya perkataan. hahahahahhahaha dalam gerombolan banyak "cow dung brain"

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular