AKHIRNYA ZAID DAPAT GAK JADI PEMIMPIN NO. 1 PARTI

Tahniah le kepada Zaid Ibrahim... mungkin ini yang dicari-cari beliau selama ini untuk menjadi pemimpin No. 1 dalam parti... buat kerja leklok nooo....

(UM) KUALA LUMPUR 13 Dis. – Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang keluar dari parti itu, kini menyertai parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Ia disahkan oleh Presiden AKIM, Zakaria Salleh yang memberitahu, Zaid telah menyerahkan borang keahliannya selepas mengumumkan keluar dari PKR, 19 November lalu.

“Beliau (Zaid) sekarang sah sebagai ahli AKIM. Beliau telah serahkan borang keahlian pada November lalu. Jadi status beliau adalah ahli kita yang sah dan rasmi,” katanya. - Utusan

Ulasan

Catatan Popular