TUBUH PARTI BARU.... APA MUSLIHATNYA???

Apa sebenarnya muslihat Zaid ini.... atau mungkin ada dalang lain yang membayangi beliau???? Saya petik:

[MK] Bekas ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendedahkan bahawa beliau akan menubuhkan 'Keadilan Baru' jika dipecat daripada parti itu ekoran pertelagahannya dengan ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presiden Azmin Ali.

Zaid (kanan) berkata beliau tidak akan bersara diri daripada parti politik kerana matlamatnya adalah untuk mencari transformasi politik jangka panjang.


Katanya, apa yang dihadapinya sekarang bukanlah sesuatu yang baru baginya.

Sebelum ini pun, katanya, beliau telah meninggalkan Umno, melepaskan jawatan menteri, serta meninggalkan firma guaman terbesar yang memberi banyak wang kepadanya.

Bercakap kepada kira-kira 100 orang hadir pusat pusat khidmat Kedah Tengah Kedah di Sungai Petani malam tadi, Zaid berkata, beliau telah mengorbankan dirinya tetapi beliau tidak mahu membesar-besarkannya "kerana saya mempunyai agenda politik jangka panjang".

Ulasan

  1. Tubuh parti politik hanya atas sebab kecewa hanyalah akan mengundang penyakit kepada dirinya sendiri.

    Sejarah telah membuktikan parti2 serpehan saperti Hamim, Semangat 46, Berjasa, Berjaya, parti Nalla Karupan (saya tak ingat nama partinya) dan berbagai2 lagi, semua lingkup, buang masa dan buang duit.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular