TOK SAMI RAKAM 600 AKSI MANDI WANITA

Itulah bahana apabila tak kahwin, kenapa nak bertentang dengan hukum tabie. Allah menjadikan manusia ini berpasangan untuk tujuan bersenang senang.


PHNOM PENH: Sebuah mahkamah Kemboja mengarahkan seorang bekas sami Buddha dipenjara 17 tahun kerana merakamkan aksi dua remaja perempuan mandi berbogel di kuilnya, kata pegawai mahkamah, semalam.

Net Khai, 37, (gambar) ditahan dan statusnya sebagai sami dilucutkan pada Jun lalu selepas didakwa merakam secara rahsia lebih 600 wanita dan remaja mandi berbogel menggunakan air di kuil dan berkongsi imej berkenaan dengan orang lain.

Sejak perbuatannya terbongkar, seorang demi seorang wanita tampil mengadu kepada media, termasuk dua daripadanya berusia di bawah 18 tahun ketika kejadian berlaku.

Pegawai pendakwa, Plang Sophal, berkata sami itu dipenjara atas kesalahan menghasil dan mengedarkan bahan pornografi membabitkan dua gadis.

Mahkamah sama turut mengarahkan tertuduh membayar ganti rugi RM36,700 kepada kedua-dua mangsa.

Kata Plang, hukuman itu diharap menjadi pengajaran kepada semua pihak, termasuk sami.

“Orang ramai mesti menjauhkan diri daripada aktiviti seperti itu,” katanya.

Bulan lalu, Net Khai dijatuhi hukuman penjara setahun atas tuduhan sama membabitkan wanita berusia 25 tahun.

Ulasan

  1. ini bukan pasal tak kawin tetapi pasal nafsu.. banyak juga kes orang yang sudah kawin melakukan jenayah seperti ini. hati2 bila menulis.. Anda seperti menghina kepercayaan agama lain pula. Allah menjadikan manusia ini berpasangan bukan tujuan untuk bersenang-senang saja tetapi ada sebab lain lagi. Kalau mahu senang2 saja bagus pergi masuk disko dan cari pasangan disitu untuk tujuan bersenang-senang saja. So fikir2kanlah kalau menulis tu...

    BalasPadam
  2. adakah anda sendiri yakin dgn ajaran Islam ini??

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular