TGNA : HAYATI SEMANGAT AGAMA SEMASA DI TANAH SUCI
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Selasa mengajak umat Islam negara ini mencontohi semangat dan nilai keagamaan sebagaimana diamalkan jemaah haji semasa di tanah suci Mekah.
Katanya, mereka perlu menjadikan agama bukan hanya dalam amalan ibadah sembahyang tetapi dalam dalam segenap segi, sama ada pentadbiran, politik, ekonomi dan sosial.
"Kita mengajak semua umat Islam dipautkan dengan semangat agama sebagaimana yang dicontohi mereka semasa mengerjakan haji di Tanah Suci, di mana mereka berpusu-pusu dan berasak-asak menunaikan amalan itu tanpa mengira keselamatan diri.
"Ini menunjukkan betapa tarikan agama lebih daripada segala tarikan lain dalam kehidupan umat Islam di dunia ini," katanya kepada pemberita sekembalinya dari menunaikan haji, di lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, dekat sini, petang Selasa.
Beliau disambut hampir 1,000 penyokong dan pemimpin PAS dan pegawai kanan kerajaan, diketuai Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub.
Nik Aziz menunaikan haji bersama Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V, pada 10 Nov dan selamat pulang ke tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Laungan takbir kedengaran di ruang legar lapangan terbang itu sebaik Nik Aziz berjalan ke luar dari pintu ketibaan kenamaan, pada pukul 4 petang.
Ditanya sama ada beliau sempat bertemu dengan pelajar anak Kelantan atau Malaysia di tanah suci semasa mengerjakan haji, beliau berkata tidak sempat menemui mereka secara formal.
Secara peribadi, saya ada bertemu mereka, kerana di sana masa terlalu terhad dan terpaksa melakukan ibadat solat di masjid (datang) lebih awal kerana berhadapan jutaan jemaah haji yang berasak-asak ke masjid," katanya.
Sumber : BERNAMA

Ulasan
Catat Ulasan