24 Nov 2010

TAIB DAPAT 'INSPIRASI' DARI MEKAH TARIKH PR SARAWAK
abu nu'man24 Nov 2010 0 Komentar

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pulang dari Mekah hari ini dengan mendapat “inspirasi” mengenai tarikh pilihan raya negeri Sarawak.



“Saya sudah ada inspirasi tetapi saya tidak akan memberitahu anda,” katanya kepada pemberita di hangar Hornbill Skyways di sini.


Pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai tahun depan dan ramai pemerhati politik meramalkan ia akan diadakan sama ada pada Mac atau April.


Taib (gambar) berkata bahawa apa yang perlu dilakukan sekarang ialah bagi jentera pilihan raya membuat persiapan.


Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri, 62 daripadanya dikuasai oleh Barisan Nasional.


Mengenai kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pelagus, Larry Sng yang kini tidak mewakili mana-mana parti setelah dipecat daripada Parti Rakyat Sarawak, satu daripada komponen Barisan Nasional, Taib berkata BN Sarawak menyerahkan kepada wakil rakyat itu untuk menentukan kedudukannya.


Taib, yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata, jika Sng ingin terus bersama BN beliau harus memohon menjadi ahli terus BN.


“BN Sarawak tidak akan menghalang sesiapa saja yang mahu menyokong BN,” katanya. — Bernama
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.