TAHNIAH! MALAYSIA RANGKUL 1 EMAS
Malaysia memperolehi pingat emas pertama pada Sukan Asia Ke-16 di sini menerusi Chai Fong Ying dalam acara wushu pada hari ketiga temasya yang bermula secara rasmi, Sabtu lalu.
Kejayaan Fong Ying semalam menyaksikan dia mengekalkan pingat emas kategori Taijijian yang diraih ketika penampilan pertamanya di Sukan Asia Doha, Qatar, empat tahun lepas.
Pada pertandingan yang melibatkan kombinasi dua disiplin itu, Fong Ying berjaya meraih 19.36 mata.
Dalam disiplin Taijijian, Fong Ying mengutip 9.67 mata sementara pada disiplin Taijiquan, dia meraih markah tertinggi iaitu 9.69 mata.

Ulasan
Catat Ulasan