SEBAB TAK DATANG KERJA... TERTUDUH KES ENJIN DICULIK...

Peguam bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N. Tharmendran mendakwa anak guamnya itu “diculik” oleh sekumpulan pegawai sayap Angkatan Tentera Malaysia itu di pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini.


Ketika dihubungi, N Surendran berkata beliau yakin tindakan pegawai-pegawai itu bertujuan menghalang Tharmendran daripada mendedahkan butiran mengenai skandal kehilangan enjin dua jet TUDM yang dilapor hilang dan kemudian didakwa dicuri.

“Sekumpulan kira-kira 10 pegawai TUDM diketuai oleh Kolonel Razif Ramli menahan Tharmendran di pekarangan mahkamah kira-kira 11 pagi tadi ketika dia dan bapanya menuju ke kereta selepas keluar bilik mahkamah,” kata beliau.

Kata Surendran (gambar) walaupun beliau memprotes tindakan itu tetapi Kolonel Razif mendakwa Tharmendran ditahan kerana tidak datang untuk lapor diri tugas.

“Saya memberitahu mereka bahawa dokumen menunjukkan Tharmendran bukan lagi staf TUDM, dokumen menunjukakn dia bukan kakitangan TUDM sejak 28 Mei lalu.

“Tetapi mereka tidak kisah, dan mahu menahan dia di Kem Tahanan Tentera,” kata beliau.

Surendran berkata beliau akan memfailkan habeas corpus petang ini bagi membebaskan anak guamannya dan juga perintah hina mahkamah ke atas Kolonel Razif dan TUDM.

Sementara itu, dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini, Kementerian Pertahanan berkata Tharmendran, yang menghadapi tuduhan mencuri dua enjin pesawat F5-E, hari ini ditahan semula oleh TUDM atas kesalahan meninggalkan tugas.

Tangkapan dibuat oleh lima pegawai Jabatanarah Provos Marsyal TUDM di pekarangan tempat letak kereta Kompleks Mahkamah di sini pada 12 tengah hari ini selepas Tharmendran menghadiri pendengaran permohonannya untuk menggugurkan pertuduhan ke atasnya di Mahkamah Tinggi di sini.

Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan, kegagalan Tharmendran untuk hadir bertugas setelah membayar jaminan pada 6 September lepas sehingga ke hari ini merupakan satu kesalahan meninggalkan tugas yang bertentangan dengan peruntukan Akta Tentera 1972.

Tharmendran masih lagi berada dalam perkhidmatan TUDM, kata unit itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 6 Januari lepas, Tharmendran, 42, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5-E jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini pada 30 April 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Ulasan

  1. Siapa yang curi injin tu sampai sekarang tak selesai.
    Poraah la TUDM, kalau nak cover bontot Panglima Angkatan Tentera tu cakap sahaja lah!
    Cerita injin tak selesai mereka nak buat kelabu rakyat buka cerita tak hadir tugas.
    Lu ingat orang kat luar ni bodoh ke?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular