PUNYE LE PENJIMAT PM KITA... RAWATAN KAT HKL JE...

Perdana Menteri yang dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Sabtu lalu, masih lagi menjalani rawatan lanjut di hospital berkenaan, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Perdana Menteri semakin sembuh dan menunjukkan respons baik terhadap rawatan, bagaimanpun, beliau masih perlu ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani beberapa rawatan lanjutan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata Najib hanya boleh mula bertugas selepas mendapat laporan kesihatan dan perakuan daripada pakar-pakar perubatan mengesahkan bahawa beliau sihat sepenuhnya.

“Pakar-pakar perubatan sentiasa mengawasi keadaan kesihatan beliau, beliau akan mula bertugas selepas laporan kesihatan beliau dikeluarkan oleh pakar ini,” kata Liow.

(Kenangan Tun Dr Mahathir bersama isteri semasa menerima rawatan di Epworth Hospital Melbourne Australia tempoh hari)

Ulasan

Catatan Popular