PADAN LE....ANAK NAJIB TERLIBAT NGAN PROJEK 'MELAKA ALIVE'

(BH) KUALA LUMPUR: Pengunjung Bandaraya Melaka Bersejarah bakal melihat wajah baru negeri itu yang diubahsuai menjadi sejarah dalam cahaya menerusi projek ‘Melaka Alive, History In a New Way’, bermula April 2011.


Projek yang menelan belanja RM63 juta itu diwujudkan dalam Bandar Hilir dengan mengetengahkan sejarah penjajahan Melaka, drama percintaan dan misteri sejak awal pembukaan negeri itu hingga zaman penubuhan Malaysia. Presiden Sarner IXL Sdn Bhd, Mohd Nizar Mohd Najib berkata, idea itu adalah kesinambungan kepada pengisytiharan Melaka Maju 2010 dan kejayaan negeri itu yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia sejak Julai 2008.


“Projek ‘Melaka Alive’ menjadi penyumbang kepada industri pelancongan dan mampu menarik lebih ramai pengunjung ke negeri terbabit, malah ia adalah pembaharuan kepada peninggalan sejarah tanpa mengubahsuai aset sedia ada mengikut peraturan yang ditetapkan Unesco,” katanya pada sidang media di sebuah hotel, di sini, baru-baru ini.


Katanya, projek itu dibahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama membabitkan penceritaan Melaka melalui teknik cahaya dan persembahan suara menerusi paparan air di atas kapal Melayu tradisional yang diberi nama Bahtera Merdeka.

“Menerusi skrin automatik air terbesar yang pertama di Asia, pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman cerita sejarah yang dipaparkan termasuk peperangan yang pernah berlaku ketika penjajah masuk ke Melaka.

“Antara ciri lain yang digunakan dalam fasa ini termasuk teknik resolusi tinggi pada paparan air dengan berlatarbelakangkan kelengkapan hologram FX, cahaya dan letupan bunga api disertai soundtrack digital yang kelihatan seperti hidup,” katanya.


Fasa kedua pula memfokuskan baik pulih muzium yang ada untuk menjadikan ia lebih menarik melalui penggunaan teknologi moden supaya pengunjung dapat merasai setiap paparan sejarah yang dipamerkan dalam muzium terbabit termasuk Muzium Maritim dan Muzium Sejarah.

Ulasan

Catatan Popular