OK LAH... KITA AKUR NGAN SPR....

Ulasan saya : Apabila PAS berjanji untuk membayar sejumlah wang untuk kemudahan pengundi luar, maka hal ini sudah mewujudkan elemen "terhutang budi" kepada pengundi yang bakal menerima wang tersebut. Logiknya, orang yang terhutang budi lazimnya akan cuba membayar hutang itu dengan cara yang menguntungkan pihak yang berbudi. Justeru langkah itu walaupun kelihatan murni akan dilihat orang sebagai suatu bentuk rasuah.



Jadi sebelum hal ini dijadikan "peluru" dan "bom" oleh blogger dan pemimpin BN, baiklah PAS Kelantan melupakan sahaja hasrat tersebut. Walaupun berniat baik, namun langkah tersebut mungkin akan digunakan oleh pihak yang sentiasa mencari kelemahan dan kesilapan PAS dan sudah tentu hal itu akan menjejaskan peluang parti itu untuk mempertahankan kerusi DUN Galas.
.......................................................................................
 
Sambil mengulangi langkah menawarkan saguhati perjalanan sehingga RM250 kepada 1,557 pengundi luar Galas bukan satu sogokan, PAS memberi jaminan tidak akan melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggap ia satu kesalahan.


Bagaimanapun calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff mendakwa ia sebagai satu langkah terdesak PAS untuk mendapatkan undi pada pilihan raya kecil Galas Khamis ini.

“Kalau SPR kata tidak boleh, maka kita tidak akan bagi (wang) kepada pengundi (luar) ini.

“Lagipun kita belum bagi lagipun, kita hanya akan bagi selepas hari pengundian bukan sebelum,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman.

“PAS tidak akan melanggar mana-mana Akta Kesalahan Pilihan Raya, kalau SPR kata tidak boleh kita akan ikut,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau memberi jaminan PAS akan menghormati keputusan SPR dan tidak akan langgar akta tersebut.

Ulasan

Catatan Popular