MUNGKIN PATUT CAMPAK PERKASA DLM ISA LA...

Perkasa mendesak kerajaan agar tidak layan suara pihak luaran termasuk yang terbaru  Persatuan Peguam Antarabangsa (IBAHRI), yang semalam meminta pentadbiran Najib agar memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pertubuhan bukan kerajaan itu pimpinan Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berpendapat ISA perlu dikekalkan bagi menjamin keamanan negara.

“Perkasa sekali lagi ingin menegaskan dengan jelas bahawa Perkasa menentang sama sekali cubaan sesetengah pihak yang mahukan ISA dimansuhkan.

“Ingatlah semua rakyat Malaysia, negara ini aman adalah kerana ISA masih wujud walau tidak kerap digunakan,” kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dalam kenyataan dikeluarkan di sini.

Kata Syed Hassan, mereka yang menggesa Malaysia agar memansuhkan ISA adalah lebih baik mendesak Singapura atau Amerika Syarikat untuk mengambil tindakan sedemikian.


“Dan, pada masa ini bertambah bebas lagi dengan mempertikaikan perkara-perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara.


Dalam kenyataannya semalam, IBAHRI menggesa kerajaan Malaysia memansuhkan ISA, yang berusia lima dekad, atas alasan penggunaannya melanggar lunas perundangan dan hak asasi manusia di sebuah negara demokrasi.

Badan antarabangsa itu berkata, perbicaraan ke atas blogger berkontroversial Raja Petra Kamarudin, yang dua tahun lalu ditahan di bawah ISA, menunjukkan Malaysia menggunakan undang-undang sedemikian bagi mengekang kebebasan bersuara.

Penggunaan ISA oleh Malaysia telah menghalang hak-hak individu untuk mempertahankan diri dan selain meletakkan kuasa arbitari mutlak pada pihak kerajaan, kata Solc.

Sehubungan itu tegas beliau, sebagaimana ditunjukkan oleh laporan perbicaraan Raja Petra, akta berkenaan mengekang kebebasan bersuara.

IBAHRI telah menghantar saranan agar ISA dikaji semula tetapi mahu pentadbiran Najib memansuhkan undang-undang itu.

Ulasan

Catatan Popular