MONYEK UMNO PULAU PINANG MENYALAK!!!!

UM) PULAU PINANG 2 Nov. – Berang dengan dasar-dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang sering menindas dan tidak menghiraukan pandangan rakyat, lebih 200 anak jati negeri ini mengadakan bantahan di depan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.




Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk peniaga di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar); pemilik tanah di Kampung Genting, Balik Pulau; ahli Parti Cinta Malaysia (PCM) dan warga emas serta fakir miskin yang sebelum ini bertindak memulangkan semula wang ihsan pemberian kerajaan negeri.



Perhimpunan itu menyebabkan pekarangan DUN di Lebuh Light di sini yang selalunya tenang, bertukar menjadi kecoh apabila mereka mula berteriak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati.



Antara kata-kata yang dapat didengar adalah “wakil rakyat penipu”, “mai Penang dok buat gila pulak”, “kalau anak jantan keluar”, “pengecut”, “Allahuakbar”, “kata Umar Abdul Aziz, nak takut apa” dan “inilah kerajaan yang takut rakyat”.



Mereka juga memegang kadbod tertera perkataan-perkataan seperti “Kami Tak Rela Tanah Nenek Moyang Dirampas”, “Langkah Mayat Kami Dulu”, “Guan Eng Perampas Tanah Melayu (Pembohong)” dan “Kami Tak Rela Tanah Kami Dijadikan Bisnes Kerajaan Negeri”.



Ada juga kain rentang berbunyi “Guan Eng Perampas Tanah Kami, Tuan DO Pun Sama”, “Mana CAT (cekap, akauntabiliti, telus) Hang?”, “Guan Eng Cakap Tak Selupa Bikin, Lu Punya Celita Semua Auta” dan “Mana Janji Manifesto PRU 12?”



Sebelum demonstrasi bermula, seorang bekas pemimpin DAP yang kini merupakan Ketua Pasukan Bertindak Parti Cinta Malaysia (PCM), Tham Weng Fatt bertindak menggegar pintu pagar DUN sambil menyindir Kerajaan DAP Pulau Pinang.



“Prinsip CAT apa macam ini, pintu pagar pun tutup tak beri rakyat masuk. Dulu masa Barisan Nasional (BN) perintah, ahli pembangkang boleh masuk dengan mudah dan boleh makan sama-sama” katanya dengan berang.

Ulasan

Catatan Popular