KERAJAAN PAS KELANTAN UCAP TERIMA KASIH PADA PUTRAJAYA..
Kerajaan PAS Kelantan hari ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat kerana membiayai sepenuhnya peruntukan bagi merealisasikan pembangunan Taman Halal Hab di Pasir Mas yang bernilai RM63.16 juta.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Pembangunan Masyarakat negeri Datuk Anuar Tan Abdullah berkata pembinaan taman di atas tanah seluas 43.4 hektar di Mukim Apam, Pasir Mas itu dibangunkan bersama oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Projek Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER).
“Kerajaan negeri amat berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana membiayai sepenuhnya pembinaan Taman Halal Hab ini.
“Pembangunan taman ini akan dimulakan pada awal tahun 2011 dan dijangka beroperasi sepenuhnya dua tahun selepas itu iaitu pada 2013,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Ulasan
Catat Ulasan