GALAS : CINA & PENGUNDI LUAR SOKONG PAS... BN TERDESAK RAIH UNDI ORANG ASLI

Ketika parti-parti bertanding mempertingkatkan strategi menghadapi hari pengundian Khamis ini, hasil kajian menunjukkan kedua-dua parti, Barisan Nasional (BN) dan PAS masih berpeluang untuk memenangi Fun Galas.


Bagaimanapun majoriti pengundi belum membuat keputusan dan bersikap tunggu.
PAS memenangi kerusi DUN Galas buat julung kali dua tahun lalu.

Kajian menunjukkan masih ramai pengundi belum membuat keputusan mengenai parti pilihan mereka pada pilihan raya kecil DUN Galas ini.

“Dari hasil kajian lapangan di atas bolehlah dibuat kesimpulan bahawa setakat tempoh berkempen ini, bacaan sikap pengundi atas pagar, dan Orang Asli adalah penentu kejayaan calon Umno-BN untuk menang.

“Manakala PAS perlu mengekalkan momentum kejayaan pada pilihan raya lepas dengan mengekalkan sokongan pengundi Cina di kawasan Bandar, bergantung kepada pengundi luar Galas serta memenangi hati pengundi Umno/BN yang kecewa dengan kerajaan persekutuan,” katanya.

Ilhan juga melihat dalam fasa akhir kempen yang berbaki dua hari lagi, peluang kedua parti untuk menang masih terbuka luas dengan syarat jentera harus agresif meyakinkan pengundi.

Ulasan

Catatan Popular