FATWA HARUSSANI : TANPA NIAT MENGHALALKAN CARA

Hari ini BH menyiarkan "fatwa" Mufti Perak berkaitan dengan dakwaan bahawa MB Perak terlibat dalam upacara syirik dan khurafat. Malangnya, hujah yang diutarakan oleh mufti ini sangat rapuh. Katanya, doa dan tolak tiang sahaja. Habis daun dan kain merah yang menyerupai tangkal itu mahu dipanggil apa oleh tuan mufti ini? Sedangkan tangkal itu sudah jelas bersifat syirik dan khurafat. Apa tujuan mereka meletakkan ancak pada tiang seri rumah itu? Bagaimana pula perlakuan MB ini merenjis-renjis pangkal tiang seperti yang dipaparkan dalam gambar di bawah ini?


Dalam berita di bawah ini, Harussani juga secara tidak langsung mendedahkan betapa jahilnya MB mahkamah yang disokongnya itu tentang agama. Katanya, "...Menteri Besar tidak mempunyai niat melakukan perkara itu, malah tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik." Seorang MB Melayu Islam tidak tahu upacara ancak itu suatu perlakuan yang bersifat syirik dan khuarafat. Walhal seseorang itu tidak memerlukan PHD untuk mengetahui hukum agama tentang perbuatan yang ditegah oleh agama.


Saya petik:

[BH] IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak melakukan syirik dan khurafat ketika menyertai majlis ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar, bulan lalu.

Mengesahkan perkara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata ia susulan pertemuan beliau dengan Menteri Besar kelmarin bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai majlis berkenaan.

Katanya, selepas mendapat maklumat daripada Zambry, jelas menunjukkan beliau tidak melakukan syirik dan khurafat kerana Menteri Besar tidak mempunyai niat melakukan perkara itu, malah tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik.

"Menteri Besar memaklumkan beliau hanya memegang tiang dan menolaknya bersama-sama orang ramai. Tiada jampi mentera, sebaliknya hanya membaca doa selamat.

"Beliau cuma melakukan itu (menaikkan tiang seri) atas permintaan orang ramai, malah dia pun tak tahu ancak dan mengatakan tak ada niat pun. Jika begitu, itu bukan melakukan syirik dan khurafat," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Dewan Pemuda PAS baru-baru ini menghantar memorandum kepada Harussani mendakwa Zambry melanggar ajaran Islam dengan menghadiri upacara meletakkan ancak pada tiang seri rumah.

Bagaimanapun Zambry menjelaskan, beliau hanya menyempurnakan majlis berkenaan yang diatur penduduk dan menempelak Pemuda PAS Perak kerana mengambil kesempatan menggunakan agama untuk kepentingan politik, walaupun program dihadirinya begitu murni iaitu membabitkan pembinaan rumah kepada pasangan orang kurang upaya (OKU).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Datuk Ramly Zahari pada sidang medianya kelmarin turut menjelaskan majlis berkenaan bermula dengan doa dan diikuti tepung tawar seperti adat Melayu sejak zaman berzaman.

Zambry semasa upacara ancak di Kampung Guar Manong
 

KORANG NILAI LA SENDIRI....

Ulasan

Catatan Popular