EPISOD PRK GALAS MUNGKIN SAMA DENGAN PRK PENGKALAN PASIR 2005!
Kepada BN dan wakil rakyat BN galas Sdr. Abdul Aziz Yusof.
Masih ingatkan ketika mana berlangsungnya PRK Permatang Pasir pada Disember 2005 dahulu diantara Calon Barisan Nasional (BN) Hanafi Mamat dan Calon PAS, Hanifa Ahmad (Ayah Pa yang juga merupakan Pak Sedara zaujah ana) juga seorang calon Bebas, Ibrahim Ali. Jalan ceritanya hampir sama dengan pada yang berlaku di PRK Galas tempoh hari cuma mungkin ada perubahan dari segi skripnya. Dengan segala jentera BN dikerahkan, setelah segala media diperkudakan, setelah segala wang ringgit ditaburkan, setelah segala projek segera dijanjikan kepada para pengundi DUN Pengkalan Pasir maka akhirnya kemenangan berpihak kepada BN dengan majoriti kecil iaitu 134 undi.
Pada ketika itu, Hanafi, 51, yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas mendapat 7,422 undi menewaskan calon Pas, Hanifa Ahmad yang memperoleh 7,288 undi. Manakala calon Bebas Datuk Ibrahim Ali menerima 415 undi dan hilang wang pertaruhan apabila undi yang diterima kurang daripada yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Namun pada PRU 12 yang lalu, pertarungan diantara PAS dan BN yang tidak dibekalkan segala jentera kerajaan, projek segera, wang ringgit, media untung mengokongnya akhirnya PAS berjaya menawan kembali Pengkalan Pasir dengan majoriti yang begitu besar iaitu 2348 undi dimana Calon Barisan Nasional (BN) Hanafi Mamat memperoleh 8029 undi manakala Calon PAS, Hanifa Ahmad memperoleh 10377 undi.
Apakah ini mungkin berlaku di PRU 13 Galas???
Ulasan
Catat Ulasan