EKSPO CHENG HO 2010 DI KELANTAN 21-26 NOV INI

Tinggal empat hari lagi Ekspo Cheng Ho bakal dibuka kepada orang ramai khusus untuk memberi peluang melihat lebih dekat lagi keistimewaan dan keunikan negara China.

Pengarah program, Zulkefli Mamat berkata, antara yang menjadi daya tarikan utama kspo yang akan berlangsung dari 21 hingga 26 November ini ialah :China Pavillion:.

“Kita juga akan membawa fesyen Muslimah dalam pelbagai rekaan yang dihasilkan daripada syarikat atau kilang di China," katanya.

Menurutnya, turut sama menjadi tarikan ramai ialah sejarah Laksamana Cheng Ho yang dibawa terus dari Muzium Cheng Ho dari Melaka.

“Terdapat juga :International Pavillion: dari negara-negara Asia Tengah seperti Krygyzistan, Kazakhstan, Tajikistan dan negara Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (Asean),” katanya.

Beliau berkata, antara tarikan penting yang lain adalah tulisan al-Quran terpanjang iaitu sepanjang 209 meter dan ditulis seorang Muslim, Yusuf dari Shanghai.

Zulkefli berkata, proses membuat kaligrafi berdasarkan al-Quran itu mengambil masa dua tahun menggunakan 80 pekerja.

Antara pertunjukan turut diadakan ialah akrobatik China, Adili yang berjalan atas tali yang direntangkan di Stadium Sultan Muhammad IV.

maklumat lanjut http://www.chenghoexpo.com.my/chenghoexpo/

Ulasan

  1. CHENG HO PULAK DAH..!! KAH..KAH.KAH…

    Lepas bapak komunis jadi icon PAS,kini Cheng Ho pula menjadi icon perpaduan kaum dan perdagangan PAS

    kah..kah..kah…

    Nabi Muhammad SAW bukan lagi menjadi contoh atau Icon pemimpin yang berwibawa pada Politik PAS yang kini berdamping dengan kapiaq harbi DAP ...

    PAS cuba mencari icon2 pemimpin yang tidak menyinggong perasaan DAP,keagongan Nabi Muhammad SAW boleh menguris hati DAP..kini Cheng Ho terpaksa dicari ganti selepas LGE ditabal menjadi kelipah mereka hari ini...

    Kahhh..kahhh..kahhhhh,,

    Selepas Lim Guan Eng,Chin Peng kini Cheng Ho …bila pula PAS nak jadi Kamal Artatur sebagai Icon islam moden mereka…??/

    Kah..kah..kahHHHHH

    Rasa2nya sampai kiamat pun PAS masih bercelaru dan haru biru..yang dikejar tak dapat yang dikendung masih menyalakan gaharu…

    ..kah..kah…kahhhh

    [sini]

    Cheng Ho perlu dikenang sebagai ikon penting dalam sejarah manusia yang menjadikan perjuangan untuk keamanan dan kemakmuran bersama jauh mengatasi kepentingan puak dan bangsa.

    Pengerusi Ekspo Cheng Ho yang sedang berlangsung di Kota Bharu, Datuk Husam Musa berkata watak besar dari China ini akan pasti dikenang kerana jasanya dalam memperkenalkan nilai persahabatan dan kebajikan yang membelakangkan persoalan puak, agama dan keturunan dalam membangunkan tamadun....

    [Read More]

    Posted by Aku,Pasbuih Dan Siamang at Sunday, November 21, 2010

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular