10 Nov 2010

BENARKAH ZAID BUKAN PEJUANG SEBENAR???
abu nu'man10 Nov 2010 0 Komentar

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim bukan pejuang sebenar, kata Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Mansor Othman (gambar).


Mansor yang bertanding bagi satu daripada empat jawatan naib presiden berkata Zaid tidak dapat menangani tekanan daripada anggota parti di peringkat akar umbi.

“Saya tidak fikir Zaid seorang pejuang sebenar kerana apabila beliau menghadapi tekanan, beliau menyerah kalah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Semalam, Zaid dilaporkan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dengan alasan pucuk pimpinan PKR tidak langsung cuba menangani pelbagai isu berhubung manipulasi dan amalan pemilihan yang tidak adil walaupun isu-isu itu sering dibangkitkan.

Dalam kenyataannya semalam, Zaid juga mengumumkan beliau melepaskan semua jawatannya dalam parti itu.

Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri (I) berkata, apabila Zaid mendapati bahawa peluangnya tipis untuk menang, beliau menarik diri.

“Beliau (Zaid) tidak menghadapi tekanan daripada pimpinan parti tetapi suara-suara akar umbi memberi petunjuk bahawa beliau mungkin kalah, jadi beliau menarik diri,” katanya.

Mengenai dakwaan Zaid berhubung manipulasi dan amalan pemilihan yang tidak adil, Mansor berkata jika ada, beliau sepatutnya membangkitkan perkara itu melalui saluran yang betul dan bukan melalui media.

“Kita sepatutnya tidak menggunakan media untuk menyerang parti, tetapi membawa isu berbangkit pada mesyuarat parti untuk penyelesaian,” katanya.

Bagaimanapun, Mansor yang kecewa dengan keputusan Zaid, juga mengakui bahawa parti itu kini dalam dilema bagi menangani masalah anggota baru parti yang mencari kedudukan.

“Mereka masih baru di dalam parti dan apabila gagal dalam cubaan untuk mendapatkan jawatan dalam parti, mereka membenarkan diri mereka dikawal ‘musuh’ untuk menyerang parti,” katanya. — Bernama
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.