500 MOST INFLUENTIAL MUSLIMS: MUJUR NAJIB ADA NAMA...

Personaliti dari Malaysia yang disenaraikan dalam buku ”The 500 Most Influential Muslims In The World” meningkat kali ini tetapi kedudukan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam senarai 50 teratas terkeluar berbanding edisi sulung tahun lalu.

Beberapa nama terkemuka lain juga terkelur kali ini.

Dalam edisi 2009, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sejak 1990, berada di tangga ke-42, tetapi tiada rakyat Malaysia yang menduduki senarai 50 teratas kali ini.


Nama-nama baru dari Malaysia yang disenaraikan dalam edisi kali ini ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Angkasawan Negara pertama Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Prof Dr Muhammad Afifi al-Akiti.



manakala Tun Mahathir yang dulunya tersenarai pada 2009 telah dikeluarkan senarai pada tahun 2010.... sian dia!!!! nak tengok detail......

Ulasan

Catatan Popular