21 Okt 2010

WARISAN MERDEKA:KATA DUIT PNB SENDIRI... AWAT BENTANG DALAM BUDGET KERAJAAN?
abu nu'man21 Okt 2010 0 Komentar

Ketua Eksekutif PNB kate duit RM5 billion tue adalah duit PNB sendiri dan tidak melibatkan duit kerajaan mahupun duit para pelabur.... tapi yang musykilnya kenapa pembinaan menara tue diumumkan dalam budget kerajaan 2011 baru-baru ini... biar PNB je lah yang umum untuk bina menara tue... yang Najib susah-susah umum pasal apa???.................. saya petik:-

(HM) PERMODALAN Nasional Berhad (PNB) menjelaskan projek Warisan Merdeka yang merangkumi menara 100 tingkat (lebih tinggi daripada KLCC sebab KLCC 88 tingkat je) yang akan dibangunkan di ibu negara, tidak menggunakan wang kerajaan atau dana pelaburan saham amanah yang diuruskannya.


Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata PNB akan membangunkan projek itu menggunakan dananya sendiri atau mendapatkan pinjaman bank jika kadar faedah menarik, selain menjana dana di pasaran modal.

“Dana bagi tujuan membangunkan projek ini adalah daripada portfolio yang berlainan. Ia adalah daripada keuntungan operasi kami sejak 30 tahun lalu. Ia tiada kaitan dengan dana saham amanah bernilai RM150 bilion yang diuruskan PNB,” katanya pada taklimat mengenai projek Warisan Merdeka kepada editor kanan media di Kuala Lumpur, semalam.

Penjelasan itu diberi berikutan kritikan beberapa pihak terutama pembangkang yang mendakwa projek bersepadu bernilai RM5 bilion itu membazirkan wang rakyat.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.