5 Okt 2010

TOK GURU "GILO" KE UMNO BESUT HOK "GILO"...
abu nu'man5 Okt 2010 0 Komentar

KUALA LUMPUR, 4 Okt — PAS Besut memberi tempoh 24 jam kepada Umno Besut agar memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran ceramah “DAP Anti Islam” Jumaat lalu yang mengaibkan Mursyidul Am PAS itu.


Yang Dipertua PAS Besut Wan Azhar Wan Ahmad berkata, pihaknya terpaksa membuat desakan itu setelah mengambil kira dan meneliti laporan kandungan ucapan penceramah jemputan, Abdullah Sa’amah yang didakwa memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan dengan “kalimah yang amat biadap dan penuh prejudis.”

Wan Azhar berkata penceramah jemputan tersebut dikatakan telah melabelkan Nik Aziz (gambar) “sebagai Tok Guru Gilo”.

“PAS Besut yakin situasi ini tidak mungkin berlaku sekiranya penganjur program tidak mengheret dan mewarnai emosi dan pemikiran penceramah tersebut ke arah mewujudkan satu bentuk ketegangan yang boleh menjurus kepada isu keagamaan dan perkauman,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari tadi.

Sehubungan itu, PAS Besut memberi tempoh sehingga 12.30 tengah esok kepada Umno Besut memohon maaf.

Ceramah itu menurut beliau telah di Padang Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh.

“PAS Besut juga akan menghantar nota bantahan kepada pengurusan Jabatan Pelajaran Terengganu kerana membenarkan premis sekolah digunakan oleh parti politik yang jelas mempunyai tendensi dan kecenderungan memupuk budaya liar dan samseng di kalangan masyarakat setempat,” kata beliau.

“Sehubungan itu, sekiranya Umno Besut gagal berbuat demikian sebelum 12 tengah hari 5 Oktober (esok), maka PAS Besut tidak akan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat guaman dalam mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang berkaitan,” katanya lagi.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.