TAPAK MASJID DI AYODHYA DI BAHAGI 3
Tak mustahil akan berlaku di Malaysia suatu hari nanti....
NEW DELHI, 1 Okt — Mahkamah India memutuskan kawasan sebuah masjid dirobohkan 12 tahun lalu akan dibahagi tiga antara masyarakat Hindu dan Islam sebagai langkah penyelesaian pertikaian enam dekad.
Rasional di sebalik keputusan itu, yang diputuskan oleh panel tiga hakim semalam, tidak jelas.
Bagaimanapun peguam-peguam yang terlibat dalam kes ini memberitahu, keputusan ketiga-tiga hakim berkenaan memang tidak disangkakan.
Pertikaian mahkamah itu bermula enam dekad lalu.
Perdana Menteri India Manmohan Singh pula menyeru rakyatnya agar bertenang ekoran keputusan mahkamah berhubung kawasan itu yang terletak di bandar Ayodhya, yang sebelum ini mencetuskan rusuhan membabitkan penduduk Hindu dan Muslim.
Kedua-dua pemimpin Hindu dan Islam mahu mengemukakan rayuan di Mahkamah Agung.
Mahkamah Uttar Pradesh juga memutuskan bahawa masyarakat Hindu akan dibenarkan untuk mengekalkan kuil sementara yang telah dibina di kawasan masjid yang dirobohkan — keputusan yang kelihatan menggembirakan sami yang melaungkan “kuil ini kini milik kita.”
Bagaimanapun seorang pemimpin parti nasionalis Hindu Bharat Janata berkata, tiada siapa yang kalah dan tiada siapa yang menang.
“Jangan melihat yang ini sebagai kemenangan kepada sesiapa,” kata Yashwant Sinha.
“Ia penghakiman yang bijak dan mahkamah cuba untuk mengimbangkan semua pihak,” kata penganalisis politik Anil Verma.
Tiada laporan keganasan ekoran keputusan itu tetapi kawalan ketat membabitkan 200,000 anggota polis berterusan hari ini bagi mengelakkan rusuhan kaum.
Kebanyakan parti-parti utama turut meminta ahli mereka agar bertenang.
India mengerahkan puluhan ribu anggota polis dan tentera udaranya berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan keganasan apabila mahkamah memberikan keputusan mengenai kes perebutan tapak masjid di Ayodhya.
Isu itu menghantui parti Kongres yang memerintah India kerana keputusan berkenaan pasti akan mengecewakan satu daripada blok penyokong terbesarnya.
Sebelum ini kerajaan merayu penduduk bertenang sebaik saja mahkamah di utara India itu memutuskan hak terhadap tanah yang menempatkan sebuah masjid yang dibina sejak abad ke-16.
Perebutan terhadap tapak masjid itu mencetuskan keganasan agama pada 1992 hingga menyebabkan lebih 2,000 orang terbunuh.
Keputusan mengenai perebutan itu, yang dianggap oleh Perdana Menteri sebagai cabaran keselamatan terbesar negara berkenaan akan diumum sejurus sebelum Sukan Komanwel bermula di sini 3 Oktober ini.
Masyarakat Islam dan Hindu bersengketa sejak lebih 100 tahun lalu mengenai sejarah Masjid Babri.
Kaum Hindu mendakwa masjid berkenaan dibina di tempat kelahiran Rama, dan didirikan selepas negeri itu dikuasai oleh umat Islam pada abad ke-16.
Mereka mahu membina sebuah kuil di tapak masjid berkenaan.
Umat Islam Uttar Pradesh pula mahu masjid yang dirobohkan pelampau Hindu itu dibina semula.
Mahkamah, dalam keputusannya memutuskan tiga isu penting — siapa pemilik tanah berkenaan, sama ada tapak itu benar menjadi tempat kelahiran Rama, dan sama ada Masjid Babri dibina selepas sebuah kuil Hindu dirobohkan dan sama ada ia dibina menurut rukun Islam.

Ulasan
Catat Ulasan