14 Okt 2010

SAPA SURUH TAK BAYAR YURAN RM5.00 TAHUN.... GURU 'MERADANG'
abu nu'man14 Okt 2010 2 Komentar

October 13, 2010KUALA LUMPUR, 13 Okt – Beratus-ratus guru di Selangor meradang apabila maklumat peribadi dan sulit mereka didedahkan kepada umum oleh Jabatan Pendidikan.


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili guru berkenaan, bimbang dengan perkembangan itu kerana ia adalah tidak beretika dan jelas sekali melanggar kod profesion perguruan.


Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng memberitahu Bernama beliau berharap Kementerian Pendidikan akan menghentikan tindakan itu secepat mungkin.


Beliau menjelaskan masalah itu timbul selepas Pejabat Pendidikan Negeri Selangor mengedarkan pekeliling pada 25 Mei, mengarahkan semua sekolah mengutip yuran dari guru untuk Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP).


Surat ingatan kedua dikeluarkan pada 21 Julai, kata Lok.


Beliau berkata apa yang menjengkelkan guru tersebut apabila salah sebuah daerah di Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana telah bertindak keterlaluan apabila mengumpulkan senarai guru yang mempunyai tunggakan.

Senarai itu mengandungi nama, kad pengenalan, gaji, nombor telefon dan tunggakan bagi setiap guru, telah disebar secara meluas di semua sekolah.

“Ini jelas telah melanggar etika profesion perguruan dan kita menuntut Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan berhubung tindakan tersebut,” tambah beliau lagi.

Yuran PSKPP adalah RM3 setahun bagi guru yang berpendapatan kurang dari RM1,000 sebulan dan RM5 setahun bagi guru yang berpendapatan lebih daripada RM1,000 sebulan, katanya.

Lok berkata sepanjang pengetahuan kesatuan itu, keanggotaan PSKPP tidak diwajibkan.

“Tetapi tindakan yang dilakukan oleh jabatan pendidikan untuk mengumpulkan yuran itu menunjukkan ia adalah wajib bagi semua guru menjadi ahli,” katanya.

Ini menunjukkan sekali lagi bertentangan dengan prinsip keadilan, tambahnya. – Bernama
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

2 ulasan:

  1. ni apa cerita ni... jabatan yang gatal bu*it nak buat aktiviti kenapa nak potong duit guru-guru. kalau tak da peruntukan tak payah buat aktiviti. lepas tu duit2 tu guru2 tak tau pun jabatan buat apa. mana ada pembentangan. ini semua la ni jalan2 penyelewengan.

    sekarang bila buat tuntutan yang sah pun susah nak dapat. pulak tu sekarang ni tuntut ini tak boleh itu tak boleh...

    apa pihak jabatan pelajaran tak nampak ke atau saja buat2 bodoh bila banyak guru-guru terpaksa menggunakan duit gaji sendiri demi untuk menjayakan aktiviti murid2 di sekolah... lepas tu bila buat tuntutan semula berbagai alasan bodoh diberikan oleh pihak pentadbir... lambat tuntut la, tak cukup resitlah... dan macam2 alasan untuk tak nak bayar semula.

    Yang duduk di jabatan tu jangan la jadi lembu... semua 'yes man' cuba la tunjuk cerdik sikit...

    sekarang ni guru2 yang diarah berkursus pun susah nak buat tuntutan. kena kongsi kereta lah, tak boleh balik harian lah sebab alasannya tak da peruntukan... tapi kalau buat kerja2 bodoh tu jabatan ada plak duit... kalau bab nak raikan vip bukan main lagi peruntukannya... makan nak sedap2, kalau jamuan kena kat hotel... ni apa punya jadah pentadbir macam ni.

    Pelik bin Ajaiblah di malaysia bolehland ni... pentadbir kebanyakkannya spesis bangang, jenis lembu pawah... jenbs mulut komat-kamit, jubur bergelumang taik...

    nasib la guru-guru di sekolah dapat pentadbir yang bangang... mula dari peringkat menteri sampailah ke pengetua.. ada guru yang dah bertahu mintak tukar pun jabatan tak boleh uruskan... sampai anak guru tu dah besar ibu-bapak terpaksa duduk berasingan... bila rujuk ke jabatan alasannya... tak da guru ganti... macam haram jadah... dah lah dia bodoh guru2 pun nak dibodoh2kan...

    Sekarang ni tugas utama mengajar bagi guru dah jadi tugas sampingan... sebab guru2 sibuk nak buat repot (secara manual) untuk di hantar ke jabatan. buku2 repot tu ada tokey yang supply jadi ada orang yang dapat untung, ada yang dapat komisen... sebab tu komputer tak digunakan untuk buat report... jadi guru2 ni tak da la keja lain asyik nak melayan repot jabatan saja. kalau guru tu ada 4 kelas berapa banyak report dia nak buat... takkan jabatan ni bodoh sangat sampai benda2 camni pun tak boleh nak fikir.

    kalau di sekolah pulak pengetua suruh potong duit untuk kelab guru.. kelab guru ni pulak tak da keja lain... aktiviti tahunan asyik nak makan kat hotel... apa punya turr la. lepas tu kalau nak bawah pasangan kena bayar extra... apa dia ingat guru2 ni kebuloq sangat ka nak makan kat hotel...

    ni semua keja bodddoh oleh pentadbir yang bodoh...

    BalasPadam
  2. bila lagi guru-guru nak ajar para pentadbir yang bangang ni... upah peguam saman je jabatan yang dipenuhi oleh orang2 bodoh tu... kebanyakkannya spesis lembu pawah.. mulut komat-kamit juboq bergelumang taik...

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.