PASTI RAMAI YANG NAK LAHIRKAN 'ANAK LUAR NIKAH'

"Nasi sudah menjadi bubur" !!!! Apakah kerana tindakan itu tidak dapat menangani masalah kerosakan moral remaja? Malah, tindakan seumpama itu hanya menggalakkan perlakuan antimoral dan meningkatkan kecanduan remaja terhadap seks bebas dan perilaku seumpamanya.

 

Apabila kerajaan Melaka menubuhkan Sekolah Harapan dengan niat untuk menyelamatkan bayi yang tidak berdosa daripada dibuang/dibunuh, namun pada masa yang sama gejala seks bebas akan turut berleluasa. Hal ini demikian kerana remaja yang terlanjur berpendapat "Ah, tak kisahlah kalau mengandung! Paling teruk pun mak bapa aku hantar ke Sekolah Harapan." Walhal tindakan yang tegas dan menurut kehendak syariah perlu dilaksanakan untuk memberantas gejala negatif ini.

 
Saya tidak mahu mengulas panjang kerana artikel sebelum ini sudah menyatakan perkara yang mahu saya tegaskan. Jadi berita kelahiran anak luar nikah pertama di Sekolah Harapan ini bukanlah suatu berita gembira tetapi berita ngeri yang bakal menghantui masyarakat Malaysia terutamanya yang beragama Islam!

Saya petik:
[Kosmo] MELAKA – Seorang pelajar Sekolah Harapan, institusi khas untuk remaja hamil luar nikah di Jasin di sini, selamat melahirkan seorang bayi lelaki Isnin lalu.

Pengerusi Sekolah Harapan, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim (gambar) berkata, pelajar perempuan berusia 17 tahun berasal dari Melaka itu dimasukkan ke Hospital Jasin pada pukul 5 pagi setelah menunjukkan tanda-tanda hendak bersalin.

“Pelajar ini selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.6 kilogram pada pukul 8 pagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Penubuhan Sekolah Harapan dicetuskan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang bertujuan memberi perlindungan kepada remaja hamil luar nikah selain menangani gejala buang bayi yang semakin berleluasa.

Sekolah Harapan yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu menerima kumpulan pertama lima pelajarnya pada 20 September lalu....

Ulasan

Catatan Popular