NURUL IZZAH : JIKA TAK TUNAI BAIK PM JADI MAK JENIN JE LA..

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mencabar Datuk Seri Najib Razak menunaikan tiga perkara dalam 30 hari bagi membuktikan ucapannya pada Perhimpunan Agung Umno hujung minggu lalu bukan omong-omong kosong.

Sekiranya PM gagal menunaikan tiga perkara yang dituntutnya, Umno-BN pimpinan Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno boleh menyimpan Putrajaya jika mahu, sebaliknya menyerahkan kepada rakyat menentukan peneraju baru negara pada keseluruhannya — Pakatan Rakyat.

“Oleh kerana Parlimen masih bersidang, saya meminta Perdana Menteri mengubah ucapannya (ketika Perhimpunan Agung Umno) dalam bentuk tindakan dalam tempoh 30 hari,” kata beliau.

“Perdana Menteri berkata hak orang Melayu sudah terkunci kemas dalam Perlembagaan. Oleh itu, di Parlimen, Perdana Menteri mesti memansuhkan undang-undang yang antidemokratik seperti ISA, AUKU, yang tidak lagi diperlukan untuk melindungi hak-hak itu.

“Bukankah Umno percaya pada kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk memegang kunci utama ini demi (kepentingan) semua rakyat Malaysia?” kata beliau.

Oleh itu, jelas Nurul Izzah, memandangkan orang Melayu perlu berhadapan dengan pertarungan minda dan kemahiran, Perdana Menteri harus memastikan bahawa kebebasan media perlu untuk melahirkan masyarakat yang bermaklumat.

“Bukankah ini akan memperkayakan minda dan jiwa rakyat untuk berhadapan dengan era moden,” kata beliau lagi dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini.

Tambahnya lagi, oleh kerana Perdana Menteri menekankan bahawa orang Melayu boleh bersaing dengan memperlihatkaan hasil terbaik seperti kaum-kaum lain, Perdana Menteri harus menjamin pilihan raya yang bebas dan adil.

Kata Nurul Izzah lagi, bukankah Umno-BN sewajarnya mencontohi semangat Laksamana Hang Tuah sebagai pahlawan tulen Melayu yang memilih untuk berjuang di padang yang sama rata dan adil.

“Biar tanda aras ini menjadi ujian kepada legitimasi Umno dan sama ada Presiden Umno mempunyai kepimpinan moral yang beliau memperlihatkan dalam ucapannya, dan semangat juang Hang Tuah atau akan ikut sifat seakan-akan Mat Jenin,” katanya.

Ulasan

Catatan Popular