5 Okt 2010

NAJIB YANG ISLAMFOBIA... BUKAN DUNIA
abu nu'man5 Okt 2010 0 Komentar

Sebenarnya Najib lah yang Islamfobia... bukannya dunia barat....fikir-fikirkanlha. Saya petik sahaja:-


October 05, 2010BRUSSELS, 5 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menyampaikan ingatan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Islam bukan satu ancaman dan bahawa Islamofobia sering dicetuskan oleh ekstremis dalam semua agama.
Beliau masyarakat antarabangsa perlu melihat Malaysia sebagai contoh jelas bagaimana rakyat dari pelbagai agama dapat hidup bersama secara harmoni.
Bercakap pada perbincangan meja bulat media yang dihadiri pertubuhan media antarabangsa yang berpangkalan di sini, Najib berkata konflik yang timbul bukan di antara agama tetapi antara ekstremis dan puak sederhana bagi semua agama.
“Islam tidak sepatutnya satu masalah asalkan wujud kesederhanaan dalam semua agama,” katanya.
Islam merupakan antara perkara yang dibangkitkan semasa sesi itu dan Najib ditanya berhubung cara Malaysia menangani persepsi terhadap agama di kalangan masyarakat Eropah di tengah-tengah perundingan perjanjian perdagangan bebas Eropah-Malaysia, yang akan dilancarkan di sini hari ini.
Najib berkata adalah lebih baik jika masyarakat Eropah dapat menyertai dialog dengan negara-negara Islam sederhana seperti Malaysia.
Sambil menyatakan bahawa beliau tidak merestui tindakan golongan ekstremis, Najib berkata usaha bagi menyelesaikan Islamofobia ialah mencari jalan penyelesaian jangka panjang kepada isu rakyat Palestin.
Katanya nasib rakyat Palestin, yang telah dinafikan hak mereka, “menyentuh perasaan di kalangan dunia islam.”
“Setengah orang berasa jika tiada lagi harapan, apa lagi yang ada untuk menyambung hidup,” katanya sambil menambah sebaik masalah rakyat Palestin diselesaikan, keganasan akan reda. – Bernama
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.