NAJIB PENIPU : KATA KDNK NAIK 10.5%... TAPI BONUS TAK BOLEH BAGI...

Betul ke KDNK naik 10.5 peratus...??? Atau figure je yang naik....???

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi memohon supaya kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini.


Presidennya, Omar Osman berkata berdasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menunjukkan peningkatan sebanyak 10.5 peratus tahun ini, beliau yakin kerajaan mampu berbuat demikian.

“Pertumbuhan KDNK negara kita telah melonjak kepada 10.5 peratus dan keadaan ekonomi negara sedang mantap, jadi tidak mustahil perkara itu (bonus) dapat dilaksanakan

“Kita turut menghantar satu telegram kepada Perdana Menteri petang ini bagi menyatakan hasrat kita (supaya) dapat berjumpa beliau dengan harapan kerajaan dapat mempertimbangkan semula pemberian bonus itu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Kongres Cuepacs semalam.

Seramai 135 perwakilan kongres, termasuk dari Sabah dan Sarawak, menghadiri mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat Jumaat lepas, tidak mengumumkan bonus kepada kakitangan awam, sebaliknya memberi bantuan kewangan khas sebanyak RM500 bagi Gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan, bagi menampung perbelanjaan persiapan sekolah.

Omar berkata tuntutan pemberian bonus telah dibuat sejak beberapa tahun lepas, namun ditolak kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika itu.

Beliau yang berterima kasih di atas pemberian bantuan kewangan khas itu, masih berharap kerajaan dapat memberikan sekurang-kurangnya sebulan bonus.

Ditanya mengenai pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang akan digantikan dengan sistem penilaian baru, Omar berkata, Cuepacs menyambut baik pengumuman itu, namun berharap mereka akan dipanggil berbincang mengenai penggubalan sistem baru tersebut.

“Kita berharap pada Julai 2011 nanti, sistem penilaian baru yang baik dapat diwujudkan, dan wakil dalam Cuepacs turut dipanggil bagi berbincang apakah sistem yang terbaik bagi penambahbaikan dalam perkhidmatan awam pada masa kini,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa PTK yang bakal diadakan bulan ini, tetap diteruskan sehingga satu sistem penilaian baru diwujudkan pada Julai tahun depan. — Bernama

Ulasan

Catatan Popular