MENYUSAHKAN ORANG BETUL LA GADIS NIE

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Rozaliya Mat Lazim, 20, gadis yang dilapor hilang selepas keluar bersama tunangnya untuk membeli barangan perkahwinan di Kuantan 13 Oktober lalu ditemui di kawasan Bukit Bintang di ibu negara semalam, tetapi enggan meneruskan perkahwinan.

Rozaliya yang dikatakan hilang ketika membeli-belah kelengkapan perkahwinan di Kuantan minggu lalu bersama tunangnya Mohd Hilmi Mohd Noor, 24, bekerja di kedai serbaneka di sini sejak dua hari lalu.

Dipetik Bernama, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata Rozaliya dibawa pulang oleh anggota polis yang mendapat maklumat mengenai lokasi gadis itu dan diserahkan kepada keluarganya.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, polis mendapati wanita itu ke Kuala Lumpur bersendirian dengan menaiki bas tanpa paksaan daripada pihak lain dan tindakan Rozaliya melarikan diri itu berpunca daripada masalah keluarga.

“Rozaliya juga sempat bekerja selama dua hari di Bukit Bintang dan hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes itu. Kes ini dianggap selesai,” katanya kepada pemberita di Kuantan malam tadi.

Rozaliya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 12 November ini dilapor hilang ketika keluar membeli barangan persiapan perkahwinannya Rabu lalu.

Rozaliya yang berasal dari Bandar Baru Cheneh, Kemaman keluar bersama tunangnya Mohd Hilmi yang menjemput gadis itu di rumahnya kira-kira pukul 11 pagi dan dia dilapor hilang selepas menghantar SMS kepada tunangnya di sebuah pasar raya di sini.

Mohd Jasmani berkata bertindak atas laporan polis mengenai kehilangan gadis itu yang dibuat pada pukul 10.41 malam Rabu lepas, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan Rozaliya.

Hasil laporan media dan gambar yang dikeluarkan, polis menerima panggilan daripada orang ramai pada pukul 12 tengah hari tadi yang memaklumkan gadis itu berada di Bukit Bintang, katanya.

Beliau berkata Rozaliya tiba di Kuantan kira-kira pukul 8 malam tadi dan disambut oleh saudara mara dan keluarga tunangnya, Mohd Hilmi.

Ayah Rozaliya, Mat Lazim Mat Ismail, 52, berkata dia amat gembira dan lega dengan kepulangan anaknya itu dan akan mengadakan majlis kesyukuran.

Mat Lazim dipetik Berita Harian berkata, Rozaliya memutuskan untuk enggan meneruskan perkahwinan dipercayai ekoran perubahan tunangnya.

Mereka bertunang April lalu.

“Rozaliya tawar hati untuk mengahwini Hilmi lalu bertindak melarikan diri selepas takut dan tidak tahu bagaimana mahu memaklumlannya kepada keluarga,” kata Mat Lazim di Kuantan.

Mohd Hilmi pula berkata, dia menyerah kepada kedua-dua keluarga untuk membincangkannya.
“Saya maafkan dia (Rozaliya) atas apa yang berlaku. Saya memang sayangkan dan suka kepadanya, tapi selepas perkara ini saya tidak tahu nak macam mana hendak gambarkan perasaan saya,” katanya.

Ulasan

  1. Mengapa dalam kes begini tiada apa-apa tindakan ?, sewajar budak ini di dakwa sebagai pengajaran kepada yg lain. lihat berapa ramai yang lari ke lombok, bila jadi masalah, kita yg bersusah payah mengambil mereka untuk balik, tapi tiada apa-apa tindakan malahan mendapat liputan meluas seolah-olah mereka ini heroin pulak gayanya. sudah sampai masanya kita kena tegas dalam menagani masalah ini. jika di lihak ke belakang, perkara ini ada sangkut paut dengan sistem pendidikan kita.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular