22 Okt 2010

MD ALWI AKUI PAS BERJUANG KERANA ISLAM... TIDAK PADA UMNO...
abu nu'man22 Okt 2010 0 Komentar

Perwakilan Umno Kelantan, Md Alwi Che Ahmad (gambar), Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas berkata pemimpin Umno perlu turun ke padang untuk menemui rakyat bukan hanya duduk di atas sahaja.
“Umno bagi segala-galanya tapi adakah rakyat sokong kita?

“Saya nak tanya kenapa kerajaan PAS rakyat sayang? Kenapa Umno tidak? Ini kerana PAS berjuang kerana Islam.

“Saya tegaskan di sini bahawa kekayaan tidak menjamin kasih sayang. Jadi kita perlu mengubah persepsi ini, pemimpin perlu turun ke bawah menemui rakyat,” katanya.


Dalam ucapannya,dia turut mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjual Islam kerana sanggup berkompromi dengan pihak yang menyindir agama rasmi negara ini.

Timbalan Ketua Umno Kok Lanas Datuk Md Alwi berkata, Menteri Besar Kelantan itu sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan Umno.

Beliau terlebih dahulu meminta supaya semua pemimpin Umno untuk kembali berjuang kerana Islam selain bekerja keras untuk mendapatkan sokongan rakyat.

“Kita perlu perbetulkan semua ini.

“Kita perlu pertahankan Islam, adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz?

“Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.

“Beliau sudah buang semua ini (Islam), beliau berkawan dengan syaitan kerana benci kepada Umno,” kata beliau ketika membentangkan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

Md Alwi yang juga Ketua Pembangkang di DUN Kelantan juga menegaskan supaya pemimpin Umno perlu membuang sikap “sombong” yang ada dalam diri dan pada masa sama menyemai semula roh perjuangan parti dengan berdasarkan Islam.

“Umno perlu balik kepada Islam, tidak akan ada orang Melayu kalau tidak kerana Islam.

“Jadi kita perlu kembali kepada Islam, apa yang penting adalah kita perlu menjaga dan mempertahankan akidah,” katanya.

Tambah beliau, Islam yang menjadi pegangan orang Melayu di negara ini akan hancur sekiranya serahkan tampuk kepimpinan kepada PAS.

“Kalau nak harapkan PAS perjuangkan Islam, maknanya hancurlah Islam di negara ini.

“PAS ini celaru,” kata beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional Kelantan.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.