MB 'LUCAH' DAPAT DR KEHORMAT???

Ingat gambar ini? Videonya ada di bawah kiriman ini. MB Adnan Yaakob yang menunjukkan isyarat lucah ini bakal menerima anugerah Doktor Kehormat dalam bidang pendidikan oleh Universiti Yarmouk esok. Bidang pendidikan? Perlakuan yang ditunjukkan oleh MB ini juga suatu bentuk pendidikan, bukan?
Alahai! Saya petik:

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob akan dianugerahi Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang pendidikan oleh Universiti Yarmouk, Jordan.

Majlis akan berlangsung di universiti itu di Irbid, Ahad ini.

Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, penganugerahan adalah sebagai mengiktiraf jasa dan sumbangan Adnan dalam bidang pendidikan yang sentiasa memberi galakan dan bantuan kewangan kepada anak-anak Pahang bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

Selain itu, ia bermatlamat mengukuhkan lagi jalinan kerjasama antara Kolej Antarabangsa IKIP milik Yayasan Pahang dengan Universiti Yarmouk.

Adnan dan isteri, Datin Seri Junaini Kassim serta beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pahang dan IKIP berlepas ke Jordan hari ini.

Ketika di sana, kerajaan negeri Pahang akan turut menandatangani memorandum persefahaman dengan Universiti Yarmouk ke arah penubuhan Kursi Pahang untuk membantu kajian dalam bidang pendidikan, penyelidikan, dakwah dan telekomunikasi Islam.

Selepas ke Jordan Adnan dan rombongan akan berlepas pula ke Syria pada Isnin bagi bertemu pelajar sebelum berlepas pulang pada Rabu.

Ulasan

Catatan Popular