LU JAGA PEMIMPIN LU.. GUA JAGA PEMIMPIN GUA...

Nampaknya pemimpin-pemimpin UMNgOk pulak yang melatah bila Tok Guru kata calon PAS mesti yang tidak merokok... yang dok sibut-sibuk pehal... tau la Ku Li belum bagi keputusan lagi....

Ini bukan pertama kali Tok Guru buat statement tue... tetapi ini ulangan semula yang Tok Guru pernah sebut ketika Pilihanraya dulu khususnya PRU 12 lalu agar calon PAS mestilah dikalangan mereka yang tidak merokok... gua cabar pemimpin UMNgOk ... senaraikan nama YB PAS yang merokok.... ataupun lu boleh senaraikan nama YB UMNgOk yang tidak merokok.... saya petik dari Utusan Meloya:-

Nik Aziz perlu betulkan akhlak pemimpin Pas


(UM) SHAH ALAM 4 Okt. - UMNO Selangor mencabar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membawa kembali ahli dan pemimpin parti itu kepada ajaran Islam sebenar daripada memberi tumpuan kepada soal memilih calon tidak merokok untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, pemilihan calon bukan perokok bukanlah satu perkara yang perlu diutamakan oleh Menteri Besar Kelantan itu.

Sebaliknya, kata beliau, Nik Abdul Aziz perlu melihat semula akhlak sebilangan besar pemimpin dan ahlinya yang sering melakukan fitnah dan memaki hamun pihak yang tidak selari dengan agenda politik Pas.
Katanya, tingkah laku sedemikian dilihat banyak kali berlaku di dalam ceramah politik yang dianjurkan oleh parti itu termasuk di negeri ini.

''Saya bukan menyokong amalan merokok tetapi untuk meningkatkan imej Islam, saya rasa ada perkara yang lebih penting iaitu menghentikan budaya fitnah dan memaki hamun yang dilakukan pemimpin Pas.

''Apakah Nik Aziz tidak melihat atau buat-buat tak nampak akhlak sebilangan pemimpin mereka ketika berceramah. Adakah amalan fitnah, maki, menuduh pihak lain tanpa usul periksa ini dapat meningkatkan imej Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz Sabtu lalu yang menegaskan tidak akan mencalonkan perokok untuk mewakili parti itu pada pilihan raya kecil DUN Galas.

Ulasan

Catatan Popular