JURULATIH DIGANTUNG... PENYOKONG CADANG BERDEMO DEPAN FAM

KOTA BHARU: Kontroversi ketua jurulatih B Sathianathan digantung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kian memuncak di Kelantan.


Insiden ini memberi gambaran pengurusan pasukan dan penyokong setia The Red Warriors sudah mula ‘mencipta rasa benci’ terhadap badan induk itu ketika saat genting menentang Negeri Sembilan di final Piala Malaysia, Sabtu ini.

Rasa marah itu seperti ‘menggegar’ bumi negeri Pantai Timur itu dan terkini Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan bercadang berdemonstrasi di depan Wisma FAM bagi menunjukkan sokongan kepada ketua jurulatih yang digantung dan didenda itu.

“Tindakan seperti itu seolah-olah menunjukkan wujudnya tangan-tangan ghaib yang ingin melihat moral pemain Kelantan terjejas menjelang final Sabtu ini,” kata Presiden kelab berkenaan, Marhashim Mat, semalam.

Apapun, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang turut kecewa dengan perkembangan ini meminta pengurusan pasukan dan penyokong setia bersabar dan memberi sokongan moral kepada pemain Kelantan sebelum final ini.

“Saya terperanjat sebab kes itu (membabitkan komen Sathia mengenai stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika Liga Super, musim lalu) sudah berlaku dua atau tiga bulan lalu dan ketika kita berada di saat genting memerlukan jurulatih.

Tapi tiba-tiba kami tidak dapat khidmatnya.
“Saya minta pemain bermain dengan baik, jika mereka sayang kepada presiden dan jurulatih, mereka perlu berjanji untuk menang,” katanya selepas menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua antara Kelantan dan Kedah di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam kelmarin.

.... BILA TARIKHNYA... FINAL DAH DEKAT NIE???

Ulasan

Catatan Popular