ISTERI KANTOIKAN SUAMI TENGAH 'PROJEK'
Dua keping gambar ini dimuatnaikkan ke internet menunjukkan detik-detik seorang wanita "menangkap" suaminya sedang berlaku curang. Gambar-gambar tersebut menunjukkan wanita itu menghampiri sebuah MPV berwarna putih sebelum membuka pintunya. Ketika pintu MPV itu dibuka, kelihatan suami wanita itu sedang asyik melakukan perbuatan sumbang dengan wanita simpanannya.
Kejadian yang berjaya dirakamkan itu dikatakan berlaku di China dan kemudiannya tersebar di internet termasuklah hangat dibincangkan dalam laman forum sosial. Ada kalangan pengguna internet yang agak skeptikal dengan mengatakan bahawa situasi itu hanyalah rekaan/lakonan semata-mata, namun ada juga antara mereka yang mempercayainya.
Kata orang tua-tua, "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua." Kata orang muda-muda, "sebijak-bijak anda "cover line" akhirnya kantoi juga". Namun yang lebih penting, tanpa mengira latar budaya, pegangan agama atau kepercayaan anda, jauhilah seks bebas kerana perbuatan terlarang itu mendatangkan keburukan kepada diri, institusi keluarga, masyarakat, dan negara.
Ulasan
Catat Ulasan