GARA-GARA BEREBUT REMOTE CONTROL.. SEORANG REMAJA MAUT
Dua beradik rebut alat kawalan jauh TV remaja maut
KUANTAN, 22 Okt — Gara-gara berebutkan alat kawalan jauh televisyen dengan adik, seorang pelajar lelaki Maahad Tahfiz Batu 4 di sini menemui ajal selepas tercetus pertengkaran dengan saudaranya di Taman Balok Baru di sini, 4.30 petang semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata sebelum kejadian, mangsa, Naili Nafiz Zakaria, 14, dipercayai bertengkar dengan adik perempuannya berusia lima tahun yang berebut mahu menonton siaran pilihan masing-masing di televisyen.
Bercakap kepada pemberita, Mohd Haris berkata seorang saudara mangsa yang melihat pertengkaran itu dikatakan segera campur tangan sambil mengacah membaling serpihan kaca tingkap yang terdapat di depan pintu, kepada mangsa.
Mohd Haris berkata, serpihan kaca berkenaan tiba-tiba terlepas dari tangan dan terkena paha kanan mangsa yang menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak.
Menurut Mohd Haris mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Balok di sini oleh jirannya sebelum disahkan meninggal dunia pada 5.40 petang ketika sedang mendapatkan rawatan.
Katanya ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah.
Jezanah mangsa yang dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dituntut oleh ahli keluarganya malam tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Balok kira-kira 9 pagi ini. — Bernama

Ulasan
Catat Ulasan