22 Okt 2010

GALAS : PAS UMUM DR ZULKEFLI SEBAGAI CALON
abu nu'man22 Okt 2010 0 Komentar

GUA MUSANG, 21 Okt – PAS memilih Pemangku Yang Dipertuanya bagi kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad sebagai calonnya mewakili Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil bulan depan.

Beliau pernah bertanding di kerusi Parlimen menentang Tengku Razaleigh Hamzah pada 8 Mac 2008 tetapi tewas.

Nama bakal calon itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan di sini malam ini.

Turut hadir Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan 4 November ini dan hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Oktober ini.



Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat kanser usus pada 27 September lalu.



Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Che Hashim berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.