GALAS : KALU BRAHIM ALI ANAK JANTANG LA...
Pilihanraya kecil Galas merupakan peluang terbaik untuk Perkasa membuktikan sejauhmana perjuangan mereka diterima oleh orang Melayu atau sebaliknya, kata ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Beliau berkata, oleh kerana kerusi ‘debut’ adalah penting maka calon yang terbaik untuk diturunkan bagi pihak Perkasa adalah Presidennya sendiri iaitu Datuk Ibrahim Ali.
"Ianya merupakan peluang baik untuk membuktikan samada dakwaan mereka sebagai pejuang Melayu yang sebenarnya diterima oleh orang Melayu atau mereka hanya syok sendiri.
"Bagi saya, ianya merupakan kerusi yang ‘ideal’ untuk Perkasa mencabar kedudukan Umno sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan Melayu demi membuktikan bahawa masyarakat Melayu lebih bersetuju dengan pendirian dan pendekatan mereka berbanding dengan pendekatan Umno.
"Ianya merupakan kerusi ‘ideal’ untuk dijadikan sebagai kerusi ‘debut’ atau kemunculan pertama di muka umum bagi Perkasa yang akan menandakan kemasukkan Perkasa ke dalam arena politik secara serius, katanya dalam blog beliau.
Khalid berkata, Ianya juga akan menjadi bukti akan kesungguhan Perkasa dalam penentangannya terhadap pendekatan Umno yang dianggapnya terlalu lembik dalam mempertahankan kepentingan Melayu.
"Sekiranya Perkasa ‘turun padang’ sebegini dengan Ibrahim sebagi calon maka segala dakwaan bahawa selama ini mereka hanya bersandiwara bersama dengan Umno akan terbukti meleset.
"Apa yang perlu dicapai olehnya adalah hanya untuk mendapat jumlah undi yang menyaingi Umno dan ianya akan membuktikan bahawa Perkasa lebih diterima sebagai badan yang memperjuangkan Melayu berbanding Umno," katanya lagi.
Bagaimanapun, Khalid yakin Ibrahim tidak akan melakukannya (bertanding) sebalinya tetap bersama Umno dan akan turun berkempen untuk parti itu.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi menetapkan tarikh pilihanraya kecol tersebut ekoran kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaiman dari PAS, baru-baru ini.

Ulasan
Catat Ulasan