GALAS & BATU SAPI MUNGKIN BUAT ASING-ASING.

Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas kemungkinan tidak akan diadakan serentak dengan bahagian Parlimen Batu Sapi yang kosong ekoran kematian wakil rakyatnya kelmarin.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau tidak fikir pilihan raya kecil bagi kerusi Batu Sapi, Sabah akan diadakan serentak dengan kerusi DUN Galas yang telah pun ditetapkan 4 November ini.

“Secara peribadi saya berpendapat bahawa tidak mungkin kedua-duanya akan diadakan sekali pada hari yang sama... ini pandangan peribadi saya,” kata beliau kepada.

Aziz bagaimanapun pun memberitahu, perkara itu perlu dibincangkan dalam mesyuarat panel dengan mengambil kira kemungkinan ada pandangan lain.

“Ini pandangan saya di peringkat awal buat masa sekarang, saya kena berbincang dengan ahli panel SPR, mungkin mereka ada pandangan lain,” kata beliau.

SPR dijangka menerima notis kekosongan hari ini apabila Dewan Rakyat mula bersidang semula.

Kerusi Parlimen Batu Sapi menjadi kosong Sabtu lalu ekoran kematian penyandang penggal kedua Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah.

Edmund, 54, yang juga Bendahari Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), meninggal dunia dalam satu kemalangan di Jalan Coastal, Tanjung Aru kira-kira pukul 11.40 pagi apabila motosikal yang beliau tunggang bertembung dengan sebuah kereta Mercedes.

Ia adalah kekosongan kedua dalam dua minggu ini.

Ulasan

Catatan Popular