CUEPACS MOHON BONUS UTK PENJAWAT AWAM

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan menimbang pemberian bonus kepada 1.2 juta penjawat awam termasuk kakitangan dari Gred Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa), tahun ini.
Presidennya Omar Osman berkata pertimbangan itu perlu dibuat berikutan sebelum ini sudah dua kali hanya penjawat awam dari gred satu hingga 54 sahaja yang menikmati pemberian bonus itu.
“Kami harap kerajaan akan beri perhatian kepada perkara ini dalam memastikan keseluruhan 1.2 [juta] penjawat awam dapat menikmati pemberian bonus,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan di sini, hari ini.

Omar berkata pihaknya yakin kerajaan akan menimbangkan permohonan bonus itu bagi meringankan beban rakyat.
“Permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat beberapa bulan lalu, bagi memohon bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam,” katanya.
Omar berkata setakat ini, tiada maklum balas yang diterima daripada kerajaan berhubung perkara itu.
Keputusan mengenai pemberian bonus biasanya diumumkan semasa Perdana Menteri membentang bajet setiap tahun, dan tahun ini pembentangan bajet dijadualkan pada 15 Oktober ini. — Bernama

Ulasan

  1. AKU CADANGKAN LIM GUAN ENG UMUMKAN PEMBERIAN BONOS KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI PP LEBIH DULU...

    HA ..BARU NAJIB BOLEH IKUT....KALAU TAK JANGAN HARAP LAH...
    DAH BERAPA TAHUN KAKITANGAN AWAM MSIA NI TAK DAPAT BONOS.......

    BALIK BALIK SUMBANGAN HARI RAYA...BALIK BALIK SUMBANGAN HARIRAYA.....

    APA BARANG????...

    KAH KAH KAH KAH KAH KAH ....

    BalasPadam
  2. tunggu la,PRU 13 nanti.kita ubah kerajaan yang baru lagi islamik.meroboh rangkaian penindas.Kat bini dia bleh bagi 110 juta.permata kepala bapak dia.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular