BENARLAH KATA NAJIB "MENperDAYA BANGSA, MENERAJUI KEMAKMURAN"
Saya baca fasal kontroversi maksud salah satu kata dalam slogan Mendaya Bangsa, Menerajui Kemakmuran yang diperkenalkan oleh Najib semasa ucapannya di PAU. Kata mendaya yang dibangkitkan oleh penulis di sini dikatakan bermaksud menjalankan tipu daya (muslihat), menipu.
Saya semak semula. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, memperdaya didefinisikan sebagai memperdayakan, mendaya, mendayakan, menjalankan tipu daya (muslihat), menipu. Jadi, salah satu maksud mempedaya ialah mendaya.
Jika sesiapa tiada Kamus Dewan versi buku, anda boleh merujuk maksudnya di sini. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=daya
Setiap kali PAU, Najib dilihat gemar memperkenalkan istilah baharu atau istilah yang jarang-jarang digunakan. Konon-kononnya penggunaan istilah-istilah itu mampu menarik perhatian umum. Dahulu diperkenalkannya "glokal" walaupun kata ini tiada dalam kamus. Kali ini istilah yang cuba diketengahkannya mengundang kontroversi.
Jadi apabila mendaya itu dilihat sebagai memperdaya, adakah salah maksud slogan itu dengan realiti UMCO yang telah menerajui negara dan bangsa selama ini? Adakah tidak betul jika UMCO menggunakan slogan "Memperdaya Bangsa, Menerajui Kemakmuran"?

Ulasan
Catat Ulasan