APAKAH KEJEDAHNYA PM INDIA RASMI 'LITTLE INDIA'?

Apa kejadahnya PM India datang merasmikan 'Little India' di negara kita? Adakah Little India ini akan menjadi hub pendatang haram dari India? Adakah hanya semata-mata untuk kepentingan ekonomi dengan India, kita perlu berbuat demikian? Adakah selepas ini kita akan menyediakan tapak untuk Little China, Little Africa, Little Arab, Little Indonesia, Little segala macam Little? Dan setiap kali Perdana Menteri luar datang ke negara kita, pasti ada satu 'little hub' untuk negara mereka yang akan dirasmikan oleh mereka?


Apa rasionalnya Malaysia negara berdaulat meminta PM India merasmikan Little India? Mengapa Yang Dipertuan Agong tidak merasmikannya? Walhal rakyat di negara ini di bawah naungan Duli Tuanku. Tidak kiralah India, Cina, Melayu, Kadazan, Iban, Bugis, Orang Asli dan sebagainya. Mengapa PM 1Malaysia terhegeh-hegeh meminta PM India merasmikannya? Adakah Little India itu suatu kawasan jajahan baru negara India?

Begitu juga kita pernah tertanya-tanya rasional tindakan Pak Lah Flip Flop yang meminta menteri dan pegawai Malaysia ke China meminta maaf dan memberi penerangan tentang salah laku polis yang membogelkan tahanan wanita yang dikatakan berasal dari negara tersebut. Walhal, selepas disiasat, wanita itu ialah rakyat Malaysia.Bukan saya mahu menyokong PDRM, tetapi tertanya-tanya tentang daulat negara ini.

Kita sudah merdeka lebih 50 tahun, namun kadang kala kita hairan dengan gelagat dan sikap tidak rasional pemimpin negara yang menjatuhkan maruah dan daulat negara. Lebih menyedihkan, Malaysia tercinta ini juga sering mengalah dengan permintaan pulau kecil di selatan negara baik dari segi politik, ekonomi, dan perebutan kawasan jajajahan.

Ulasan

Catatan Popular