300 SERTAI BANTAHAN KONSERT ADAM LEMBERT
KUALA LUMPUR, 14 Okt – Kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli Pemuda PAS dan aktivis Islam mengadakan demonstrasi aman di pekarangan Stadium Putra, Bukit Jalil di sini membantah konsert artis Adam Lambert.
Bantahan diadakan di pekarangan Stadium Putra bermula pukul 8.30 malam.
Mereka terlebih dahulu menunaikan solat Maghrib dan solat hajat di surau berhampiran sebelum berarak ke stadium pada pukul 7.45 malam.
Sepanjang berarak mereka melaungkan takbir dan membawa kain rentang yang membantah penganjuran konsert Adam Lambert.
Antara kain rentang yang dibawa adalah seperti “Mahasiswa Islam Tolak Gay”, “Kami Bantah Konsert Adam”, “Ambil Iktibar Sirah Kaum Nabi Luth” dan “Mahasiswa Islam Membantah Adam Lambert”.
Peserta demonstrasi turut mengedarkan risalah kepada pengunjung-pengunjung yang hadir untuk menyaksikan konsert tersebut.
Walaupun tidak dibenarkan memasuki ke dalam stadium, namun pihak penganjur Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara membenarkan lima wakil mahasiswa untuk untuk menjadi pemerhati sepanjang konsert itu berjalan.
Konsert tersebut dijangka akan berakhir kira-kira 11 malam ini.
Adam Lambert, 28, merupakan penyanyi pop, penulis lirik dan pelakon daripada California.
Album bekas peserta American Idol itu For Your Entertainment pada 2009 terjual sebanyak 198,000 selepas seminggu berada dalam pasaran.
Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan at-Tantawi, demonstrasi secara aman malam ini bertujuan membantah konsert yang bertentangan dengan norma ketimuran dan ajaran Islam.

Ulasan
Catat Ulasan