PERKAS TERDESAK... AJAK BUKAN MELAYU BERKERJASAMA

Brahim Ali dilihat terdesak apabila Umno dan Barisan Nasional (BN) selain PAS yang sudah mula menjauhkan diri daripada Perkasa.

Perkasa tidak menolak kemungkinan akan membentuk satu pakatan politik baru termasuk berganding dengan calon-calon bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-13 ekoran perkembangan terbaru yang menolak beliau dan NGOnya sejak seminggu lalu.

“Tetapi saya sudah membuat keputusan, saya akan bekerjasama dengan calon-calon yang memahami pendirian kami, termasuk juga calon bukan Melayu, tidak kira kaum, yang boleh memahami Perlembagaan Persekutuan, berakhlak baik, berwibawa, fasih Bahasa Malaysia, untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider di Pasir Mas.

Kata Ibrahim, beliau mengambil langkah itu untuk membuktikan bahawa Perkasa dan beliau sebenarnya bukan rasis, sebaliknya berkorban untuk negara, orang Melayu dan Bumiputera dan semua kaum.

Ibrahim mengambil keputusan ini ekoran pendirian dua parti politik terbesar orang Melayu — Umno dan PAS, yang tidak akan menyokong beliau dalam pilihan raya umum akan datang.

Oleh itu kata Ibrahim, beliau menyedari kedudukan masa depan politiknya selepas Umno sudah mula menjauhkan diri dengan menyelar pendirian Perkasa.

Selain Umno, PAS juga memutuskan tidak akan membenarkan Ibrahim menggunakan lagi lambang parti itu dalam pilihan raya selepas membuka laluan kepadanya dua tahun lalu.

Ibrahim memutuskan hubungan dengan PAS selepas kemenangan di Pasir Mas.

Ulasan

Catatan Popular