28 Sep 2010

PAS NAK KERUSI PARLIMEN KULIM-BANDAR BAHARU
abu nu'man28 Sep 2010 1 Komentar

KULIM: PAS menuntut kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu dikembalikan kepada parti itu dalam pilihanraya umum akan datang, kata Yang Dipertuanya, Hassan Razak (gambar).

Ketika ini kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu diwakili oleh Zulkifli Nordin yang bertanding atas tiket PKR tetapi telah keluar parti dan menjadi ahli bebas.

"Kesemua 42 cawangan parti (PAS) di kawasan ini mahu kerusi itu ditanding oleh PAS kerana mereka kecewa dengan ahli parlimen tersebut.

"Bukan sahaja berpaling tadah tetapi juga gagal berkhidmat untuk rakyat," katanya di sini.

Hassan berkata, bagaimanapun, ini bukan bermakna ahli PAS menyalahkan PKR Kulim Bandar Baharu.

Tetapi, katanya, ahli-ahli PAS bimbang kalau-kalau pisang berbuah dua kali dan mereka lebih meyakini istiqamah (komitmen) sesama ahli PAS berbanding parti lain.

Surat tuntutan itu sudah diserahkan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan beliau juga sudah bertemu dengan Azizan berhubung perkara itu.

Katanya, pihaknya tetap mengutamakan perpaduan sesama parti Pakatan Rakyat (PR) dan ini sekadar tuntutan.

"Hal ini sudah tentu memerlukan perbincangan lanjut yang lebih teliti,” katanya.


In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

1 ulasan:

  1. salam. saya menyokong cadangan caw tsb utk menuntut kerusix tsb. Saya juga bersetuju dgn jwp oleh ust azizan yang menyatakan bhw perkara itu hanya boleh diputuskan diperingkat pusat. Tetapi saya merasa terkilan diatas ulasan oleh Ahmad Kasim diatas isu tsb yg menyatakan bhw pas harus bersyukur dan menerima qada dan qadar kerana kemenangan yg diperolehi ilah apabila bersama dgn PKR dan DAP. Sepatutnya beliau tak perlulah menguris hati pas dan penyokongnya. Ini adalah org PAS dan DAPlah yang bertungkus lumus dalam pilihanraya tsb. Org PKR sememangnya kurang keahlian jadi gerak kerja mereka pun kuranglah. Macam kawasan ahmad kasim sendiri..lihatlah terdapat kaw tempat mengundi tiada org PKR. Tetapi disebabkan keputusan muktamar PAS...bersama dgn PR maka ahlinya walaq. Kalau nak ulas tu berlapik la sedikit

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.