KOTA RAJA PANAS : PKR HARAP JANGAN BAWA BUDAYA UMNO
KUALA LUMPUR, 27 Sept — Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang melakar sejarah dengan mengadakan pemilihan langsung buat julung kali, mencatatkan satu lagi rekod — pengiraan undi salah satu cabang yang dilihat panas — Kota Raja di Selangor — berlarutan sehingga pagi ini.
Maklumat yang diperoleh sekitar 7 pagi tadi menunjukkan undi masih dikira.
Ia seolah-olah menggambarkan berulangnya sejarah pengiraan undi kerusi sehingga membawa sehingga tengah hari keesokan hari di Lembah Klang sedekad lalu.
Pengiraan dijalankan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, bermula lewat malam tadi, selepas proses mengira undi di Bukit Naga lewat petang tadi berakhir dengan kekecohan dan tindakan rampas kertas undi dan peti undi.
Sebanyak 18 peti undi dibawa ke ibu pejabat PKR untuk dikira dengan kawalan polis.
Cabang Kota Raja menyaksikan ketuanya Dr A Xavier Jayakumar, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, berhadapan dengan saingan S Kottappan dan M Telaiamblam.
Keputusan tidak rasmi yang diperoleh pagi ini menunjukkan menunjukkan Xavier memenangi persaingan tiga penjuru dengan memperoleh 883 undi manakala Kottappan 145 undi dan Telaiamblam pula mendapat 138 undi.
Undi rosak dikatakan dalam lingkungan 30.
Pengiraan undi jawatan ketua cabang siap dikira pukul pukul 5.30 pagi tadi.
Difahamkan setakat pukul 7.40 pagi ini undi bagi jawatan ketua Wanita masih dikira. Kerusi ketua AMK dimenangki oleh Azmizam Zaman Huri.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dijangka akan mengadakan sidang media pukul 10 pagi ini untuk memperjelaskan perkembangan semalam, yang dilihat sebagai paling buruk dan memalukan parti itu.
Kota Raja merupakan salah satu daripada, sekurang-kurangnya enam cabang yang berhadapan dengan insiden kecoh sehingga menyebabkan mesyuarat agung tahunan cabang dan pemilihan terpaksa ditangguhkan dan dipertikaikan. Cabang-cabang lain ialah Klang, Kapar, Kuala Langat dan Subang.
Beberapa cabang dari negeri-negeri lain juga dilaporkan bermasalah termasuk cabang Parit Sulong.
Cabang-cabang PKR memulakan mesyuarat masing-masing pada 17 September lalu dan akan berakhir 3 Oktober ini sebelum meneruskan proses pemilihan mulai tengah bulan depan.
Setakat semalam sekitar 130 cabang telah pun mengadakan mesyuarat agung tahunan masing yang turut membuat pencalonan bagi jawatan-jawatan pusat.

Ulasan
Catat Ulasan