JUTAWAN BRITAIN BAKAL DIKUTUK UMNO, BN, PERKASA

Usahawan jutawan Britain Sir Richard Branson (gambar) berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.

"Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini.

"Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya .

Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya.

Bekas timbalan perdana menteri itu yang dipecat dan dipenjarakan atas dua tuduhan berasingan membabitkan tuduhan liwat dan rasuah lebih sedekad lalu berkata tuduhan terbaru juga membabitkan liwat dengan pembantunya bertujuan 'membunuh' kerjaya politiknya.

Human Rights Watch menggesa Malaysia menggugurkan tuduhan berkenaan manakala kerajaan Amerika Syarikat pula memberi amaran bahawa ia sedang memerhatikan saga itu dengan dekat.

"Jika Malaysia lebih liberal, lebih ramai orang akan melabur. Jika anda pemimpin yang berani, anda sepatutnya menghapuskan perkara seumpama itu yang merosakkan reputasi negara,” kata Branson.

* Berita ini 100% tidak akan disiarkan dalam TV3, Utusan, dan media massa yang sewaktu dengannya.

Ulasan

Catatan Popular